Thursday, February 24, 2011


Glitter Text @ Glitterfy.com
Taklimat LINUS (Literasi Numerasi) Saringan 1 Tahun 1 & Saringan 4 Tahun 2 (2011)

Tarikh : 03 MAC 2011 (KHAMIS)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior

*Dijemput semua guru LINUS (seorang Literasi & seorang Numerasi) Daerah Kubang Pasu hadir seperti ketetapan di atas. Harap maklum.

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam Maal Hijrah.Semoga segala amalan kita diberkati Allah Taala, insyaallah. Hayatilah tema Maal Hijrah pada tahun ini, iaitu "1 Malaysia, 1 Ummah".

Sunday, December 5, 2010

Pelan Strategik


PEJABAT PELAJARAN DAERAH DAERAH KUBANG PASU

PELAN STRATEGIK JANGKA PANJANG (TAHUN 2010-2012)
POGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)

ISU 1
MATLAMAT
OBJEKTIF
STRATEGI
INDIKATOR PENCAPAIAN
SASARAN (ETR)
2010
2011
2012

Bilangan murid yang dapat menguasai asas literasi  dan numerasi.

Melahirkan murid yang dapat menguasai asas literasi dan numerasi setelah mengikuti pendidikan tahap 1.

Mencapai KPI yang ditetapkan iaitu 100% murid dapat menguasai literasi.

·   Menggalakkan pihak sekolah mengadakan taklimat/mesyuarat bersama-sama ibu bapa.
·   Menggalakkan pihak sekolah mengambil inisiatif menambah bahan bacaan atau BBM.
·   Mesyuarat Post-mortem setiap kali selepas saringan dilaksanakan.
·   Penyediaan Pelan Tindakan setiap kali selepas saringan.


100% murid dapat menguasai konstruk 1-2 selepas saringan 2

80

95

100

ISU 2
MATLAMAT
OBJEKTIF
AKTIVITI
INDIKATOR PENCAPAIAN
SASARAN (ETR)
2010
2011
2012

Peningkatan P&P guru dalam program LINUS

Melahirkan guru yang berkebolehan serta kreatif.

Mencapai 100% penglibatan guru dalam program LINUS.

·    Mengadakan Taklimat LINUS kepada semua guru tahun 1.
·  Mengadakan Bengkel BBM kepada guru-guru LINUS.
·  Pemantauan yang berterusan.


90% guru yang beropsyen Bahasa Melayu mengajar literasi.

80

90

100

ISU 3
MATLAMAT
OBJEKTIF
AKTIVITI
INDIKATOR PENCAPAIAN
SASARAN (ETR)
2010
2011
2012

Tahap kefahaman pentadbir dan guru dalam program LINUS

Melahirkan warga sekolah yang berinformasi dan komited dalam bidang pendidikan.

Menambah pengetahuan dan maklumat pentadbir dan guru dalam melaksanakan program LINUS.

·    Taklimat kepada pentadbir dan guru-guru LINUS berkaitan proses pentaksiran saringan.
·    Mengadakan mesyuarat verifikasi data LINUS setiap kali selepas saringan dilaksanakan.


100% guru dapat mengisi data dengan betul dan tepat melalui portal.

80

90

100

Program LINUS


PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) TAHUN 1

PENDAHULUAN
National Key Result Areas (NKRA’s) KPM menyasarkan :
·         Menjelang 2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi (kecuali yang berkeperluan khas) selepas 3  tahun persekolahan
·         Di bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan
·         Diselaraskan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum
·         Usaha penambahbaikan kepada program sedia ada di sekolah rendah (KIA2M & PROTIM).
·         Merupakan usaha bersepadu menangani masalah penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi untuk murid normal Tahun 1, 2 dan 3.
·         Dinamakan Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS) Tahap 1.

RASIONAL
Pelbagai program telah dijalankan tetapi masih terdapat murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 di bawah kendalian guru pemulihan PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi.Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahun 1.Kumpulan gagal menguasai masalah ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

DEFINISI KONSEP

Definisi Numerasi
“kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian”
NUMERASI
TAHUN 1
TAHUN 2
TAHUN 3
Nombor Bulat
Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 50
Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 100
Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000
Operasi Asas
Menyatakan
fakta asas tambah dan tolak
Menyatakan
fakta asas tambah dan tolak. Darab (2, 5 dan 10) dan bahagi (2, 5 dan 10)
Menyatakan
fakta asas tambah dan tolak. Darab (3,4,6,7, 8 dan 9) dan bahagi (3,4,6,7, 8 dan
9)

Definisi Literasi
“kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung ‘dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian”
LITERASI
TAHAP 1

Membaca dan menulis

Menguasai dan memahami minimum
1000 patah perkataan mudah

Membaca, menullis dan memahami
ayat tunggal

Membaca, menullis dan memahami
ayat tunggal dan ayat majmuk (menggunakan kata hubung ‘dan’)

Membaca, menullis dan memahami
ayat tunggal dan ayat majmuk (menggunakan kata hubung ‘dan’) dalam perenggan


NUMERASI
TAHUN 1
TAHUN 2
TAHUN 3
Aplikasi
Mengenal mata wang Malaysia
hingga RM10
Mengenal mata wang Malaysia
hingga RM100
Mengenal mata wang Malaysia
hingga RM1000
Menyatakan bahagian dalam sehari
Menyatakan waktu dalam jam pada muka jam
analog
Menyatakan waktu dalam jam dan minit pada muka jam analog
Mengukur dan menyatakan ukur panjang objek dalam unit relatif
Mengukur dan menyatakan ukur panjang objek dalam unit yang betul
Mengukur dan menyatakan ukur panjang objek dalam unit yang betul (cm
sahaja)


MATLAMAT

“Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas”


OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI
Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid akan dapat :

i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan menggunakan kata hubung ‘dan’



OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASI
Pada akhir Program Pencapaian Numerasi murid akan dapat :

i. membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan menguku r dalam sentimeter.


KUMPULAN SASAR
Murid Tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan


STRATEGI PELAKSANAAN

Status
Wajib dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Bantuan Kerajaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Jadual Waktu
Dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada
Boleh menggunakan budi bicara pentadbir menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah tanpa menjejaskan keberkesanan dan pencapaian matlamat program ini.
Penentuan Murid
Murid Tahap 1 yang dikenalpasti sebagai murid yang tiada masalah pembelajaran akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk dinilai tahap penguasaannya.Setelah menduduki Ujian LINUS murid akan dikategorikan kepada empat kelompok utama :
Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas membaca
Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas menulis
Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas mengira
Mendapat markah 0 hingga 9 kategori murid bermasalah (perlu pengesahan Kementerian Kesihatan)
Murid mendapat markah 0-9 dan tidak menjalani pemeriksaan doktor boleh dimasukkan dalam program ini tetapi tidak
   dimasukkan dalam kiraan data.
Murid yang masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi ini akan diasingkan daripada murid arus perdana
   dan diajar secara intensif oleh guru-guru yang telah dipilih
Ujian LINUS Saringan 2 diadakan dalam bulan Julai manakala Ujian LINUS Saringan 3 akan diadakan pada bulan Oktober

Guru
 Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan
 Guru pemulihan khas perlu ditambah mengikut nisbah murid. Nisbah guru-murid mestilah kecil supaya tumpuan dapat diberikan kepada sasaran (murid)
 Guru yang sedia ada (Bahasa Malaysia dan Matematik) yang akan melaksanakan program ini perlu diberikan latihan yang khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan bagi menangani masalah ini.

Kemudahan
Pihak sekolah memberi guru pendamping bagi memudahkan bimbingan individu
Komputer dan LCD perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam P&P

Penyeliaan dan Pemantauan
Penyeliaan dan pencerapan akan dilaksanakan di beberapa sekolah terpilih melibatkan pegawai Bahagian KPM, pegawai JPN dan pegawai PPD
GB dan GPK1 perlu menyelia kelas literasi dan numerasi ini
Sistem pelaporan bagi memantau rekod pencapaian murid akan dibangunkan
Pelaporan dibuat setiap 3 bulan

KANDUNGAN PROGRAM

Menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan P&P bagi murid yang mengikuti program ini
Skop Modul Literasi
Bermula dengan pengenalan abjad, suku kata sehinggalah ayat majmuk yang mudah
Skop Modul Numerasi
Merangkumi aspek nombor dari sifar hingga 1000, yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi di samping
   mengaplikasikannyadalam pengiraan wang sehingga RM100

Bahan dan Instrumen LINUS

— Menggunakan modul P&P asas literasi dan numerasi yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid
— Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan berkesan

— Instrumen penilaian akan dibina dan diguna pakai untuk pentaksiran formatif dan sumatif

PELAPORAN
Pengumpulan data ujian akan dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti


PENUTUP

— Program ini merupakan usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi pada peringkat awal persekolahan.
— Komitmen semua pihak diharapkan agar matlamat program ini akan tercapai sesuai dengan sasaran NKRA.